Piala Suzuki AFF 2018 – 6 Penyokong Terbaik. Ultras Malaya No.1

Penyokong Terbaik AFF 2018

Sokongan daripada peminat memainkan peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi keputusan perlawanan bola sepak. Sorakan ribuan peminat dapat memberi inspirasi kepada pemain untuk meletakkan usaha tambahan yang akhirnya menghasilkan sebuah kejayaan.

Piala Suzuki AFF 2018 menyaksikan pelbagai gelagat penyokong dalam menyatakan sokongan mereka dengan gaya yang berbeza, daripada merentang sepanduk sebesar-besarnya dan bersorak. Kehadiran ribaun pemnyokong menjadikan persaingan bolasepak sangat indah.

Piala Suzuki AFF 2018 bakal berakhir tidak lama lagi. Yang pasti dikenang adalah sorakan penyokong yang sentiasa mendapat perhatian. FOX Sports Asia melihat enam pasukan yang mempunyai peminat terbaik dalam pertandingan kali ini.

Menurut Fox Sport Asia, Ultras Malaya tersenarai sebagai penyokong nombor 1 terbaik di Asia Tenggara berdasarkan sorakan dan sokongan mereka semasa Piala Suzuki AFF 2018 berlangsung.

Berikut adalah 6 penyokong terbaik yang dipilih oleh Fox Sport Asia:


6. INDONESIA

setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Indonesia, pasti penuh dengan penyokong yang memakai warna merah akan hadir memberi sokongan padu kepada sokongan mereka. Namun mereka agak kecewa dengan prestasi Timnas kesayangan mereka pada kejohanan kali ini. Walau bagaimanapun, menjelang perlawanan, penyokong masih bersedia memberi kepercayaan kepada pasukan mereka.

indonesia
Penyokong Indonesia

5. SINGAPURA

Walaupun tersingkir dalam saingan peringkat kumpulan, penyokong pasukan Singapura tetap setia memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

singapura
Penyokong Singapura

4. MYAMMAR

Penyokong-penyokong Myanmar datang ke stadium dalam jumlah besar sepanjang kejohanan kali ini kerana mereka ingin memberi inspirasi kepada pasukan mereka untuk kemenangan pertama dalam Piala Suzuki AFF.

myammar
Penyokong Myammar

3. VIETNAM

Penyokong Vietnam tersenarai ditempat ke-3 oleh Fox Sport Asia. Punya bersemangat penyokong Vietnam terhadap pasukan mereka, mereka beratur untuk membeli tiket seawal jam 6 pagi.

vietnam
Penyokong Vietnam

2. THAILAND

Lihat sahajalah ketika perlawanan separuh akhir kedua ketika menentang Malaysia, stadium gamat dengan gelombang biru.Mereka begitu bersemangat dan yakin pasukan mereka akan memenangi setiap perlawanan terutama di tempat sendiri. Mereka yakin kerena mereka menganggap mereka adalah Raja Bolasepak Asia Tengggara.

penyokong terbaik
Penyokong Thailand

1. MALAYSIA

Stadium Nasional Bukit Jalil terkenal dengan suasana yang menakutkan oleh pasukan lawan dengan puluhan ribu penyokong yang bersorak memberi sokongan kepadan pasukan kesayangan mereka.

kejohanan kali ini tidak ada bezanya, dengan peminat Malaysia bertindak sebagai pemain ke-12, terutamanya dalam perlawanan peringkat kumpulan yang terakhir menentang Myanmar. Stadium ditenggelami warna kuning dan hitam dengan bendera dan sepanduk pasukan dipamerkan.

Hebat sorakan dan sokongan peminat bola sepak Malaysia sehinggakan jurulatih Myanmar memberi komen bahawa persembahan anak buahnya terganggu dengan sorakan dari penyokong Malaysia.

ultras malaya
Penyokong Malaysia

Apapun tahniah bukan sahaja kepada pasukan Harimau Malaya bahkan pemain ke 12 mereka iaitu ULTRAS MALAYA.

Sumber: Fox Sport Asia


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!