Malaysia Minta Pejabat UNHCR Henti Keluarkan Kad Pelarian Sesuka Hati – Shahidan

UNHCR

Malaysia meminta Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di negara ini hentikan pengeluarkan kad pelarian secara sesuka hati.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata mereka perlu berhenti bertindak seperti “kerajaan di dalam kerajaan”, sebaliknya memaklumkan terlebih dahulu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen sebelum mengeluarkan kad pelarian berkenaan.

ADAKAH PEJABAT UNHCR MENYALAHI UNDANG-UNDANG NEGARA?

“Pejabat UNHCR telah melakukan kesalahan, mereka mengeluarkan kad (pelarian) tanpa memberitahu KDN dan Imigresen. Mereka ini macam kerajaan dalam kerajaan.”

“Mereka (pejabat UNHCR) tiada status diplomatik dan mereka kena berhenti serta-merta daripada keluarkan kad pelarian. Saya minta polis masuk (ke UNHCR) dan siasat bagaimana kad ini dikeluarkan begitu sahaja,” katanya kepada pemberita semalam

Shahidan berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar. Beliau adalah antara yang bertanggungjawab terhadap urusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Sumber Berita Harian melaporkan, Shahidan sebagai berkata Malaysia bukan antara negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967. Mana-mana warga asing yang mahu memohon status pelarian perlu mengikut saluran yang betul seperti yang ditetapkan undang-undang negara ini.

Negara kini dibanjiri oleh 130,000 pelarian yang memiliki kad yang dikeluarkan pejabat UNHCR di Kuala Lumpur.

pelarian di malaysia
Malaysia sudah tidak mampu lagi menampung kebanjiran pelarian yang terlalu ramai.

Menurut Shahidan, Pejabat UNHCR di negara ini perlu berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa Malaysia jika mengeluarkan kad pelarian dengan mudah kepada warga asing.

Kita tidak mahu mereka yang terlibat dengan jenayah di Myanmar sebagai contoh, datang ke Malaysia dan diberikan kad pelarian oleh UNHCR selepas melalui proses temuduga yang mudah.

Beliau meminta Polis dan Jabatan Imigresen mengambil tindakan terhadap pemegang kad pelarian UNHCR ini dan menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Terbaru terdapat 150 keluarga pelarian dikesan menceroboh tanah di Rompin dan tindakan mereka itu telah dilaporkan kepada kerajaan negeri Pahang.

“Kerajaan Pahang minta kita ambil tindakan, kita akan mengambil tindakan,” katanya.

Katanya lagi, mereka yang berjaya ditangkap perlu dihantar pulang ke negara asal dengan segera kerana Malaysia sudah tidak mampu untuk menampung kehadiran warga asing yang sudah terlalu ramai di negara ini.

Admin sokong kita hantar mereka balik. Ramai antara mereka sudah melampaui batas sebagai seorang pemegang status pelarian. UNHCR perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Mereka sepatutnya membantu Malaysia bukannya sesuka hati mengeluarkan kad dengan mudah kepada pelarian. Mungkin ada udang disebalik batu.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!