Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia dan Pendakwah terkenal tanah air dan Datuk Ustaz Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Ustaz Ismail Kamus Meninggal Di Malam Jumaat 15 Ramadhan
Berita pemergian tokoh dan agamawan terkenal tanah air itu dikongsi menerusi laman facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.
“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi hari ini iaitu 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.
“Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala,” kata pusat perubatan berkenaan lagi di laman Facebook mereka.
Sebelum ini, Allahyarham Ustaz Ismail Kamus berusia 72 tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat ser4ngan j4ntung dan str0k ringan, serta j4ngkitan kuman di paru-paru.
Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh memaklumkan All4hyarham dimasukkan ke hospital sejak 26 April apabila kesihatannya yang agak lemah.
Allahyarham adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus dengan mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT menerusi akaun twitternya.
Allahyarham Ustaz Ismail Kamus antara salah seorang penceramah yang Min minati dan sering mendengar syarahannya.
“Mudah-mudahan Allah SWT ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman”. Aamiin
Baca – Doa Menjem[ut Rezeki