Wanita Cina Dengan Virus Misteri Dikuarantin Di Thailand

Thai Airport

BANGKOK: Seorang wanita Cina dengan virus misteri dikesan dan telah dikuarantin di Thailand. Wanita itu dikesan dengan coronavirus misteri yang pertama dikesan di luar Negara China, kata Kementerian Kesihatan Thailand pada Isnin (13 Jan).

Seorang lelaki berusia 61 tahun, menjadi orang pertama yang m4ti di China minggu lalu akibat dari penyakit pernafasan yang dipercayai disebabkan oleh virus baru dari keluarga yang sama seperti SARS, yang mengorb4nkan beratus-ratus ny4wa lebih sedekad yang lalu.

41 orang dengan gejala seperti radang paru-paru setakat ini telah didiagnosis dengan virus baru di Wuhan, dengan tujuh daripadanya dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa kesihatan Wuhan pada hari Sabtu.

Tindakan Thailand Selepas Kesan Wanita Cina Dengan Virus Misteri

virus misteri
Kemasukan pelancung China dijangka meningkat menjelang sambutan Tahun Baru Cina

Pihak berkuasa Thailand sedang meningkatkan pemantauan di lapangan terbang menjelang cuti Tahun Baru Cina minggu depan, apabila beratus-ratus ribu pelancong China dijangka melawat negara itu.

Daripada 12 penumpang yang dikuarantin sejak 3 Jan lepas, keputusan makmal menunjukkan bahawa seorang wanita Cina berusia 61 tahun mengalami coronavirus, kata Kementerian Kesihatan Thai pada Isnin.


Wanita itu, yang dikuarantin pada hari Rabu, menerima rawatan dan sudah dibenarkan pulang, kata kementerian itu.

“Mampu mengenal pasti pesakit menunjukkan terdapat kecekapan dalam sistem pemantauan kami. Kami yakin kami boleh menguruskan keadaan ini,” kata Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul kepada pemberita.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa kes pertama di Thailand adalah virus baru dari keluarga yang sama dengan SARS yang berada di sebalik wabak radang paru-paru.

Agensi kesihatan PBB berkata, seseorang yang datang melancung dari Wuhan, China, telah dimasukkan ke hospital di Thailand pada 8 Januari setelah didiagnosis dengan pneumonia ringan.

“Ujian makmal kemudiannya mengesahkan bahawa novel coronavirus adalah punca,” kata jurucakap WHO Tarik Jasarevic kepada AFP dalam e-mel, merujuk kepada virus baru itu.

WHO berkata ia mungkin akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat kecemasan berkaitan penyebaran virus baru. Ia menegaskan bahawa tidak menghairankan bahawa virus itu telah tersebar di luar China.

wabak misteri
Tidak mustahil virus misteri itu telah tersebar di luar China

“Kemungkinan kes yang dikenalpasti di negara lain tidak dijangka, dan memperkukuhkan mengapa WHO meminta pemantauan aktif dan kesediaan aktif di negara lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia menegaskan bahawa ia telah mengeluarkan panduan tentang bagaimana untuk mengesan dan merawat orang yang jatuh sakit dengan virus yang baru, dan menekankan bahawa keputusan China untuk secara cepat berkongsi penjujukan genetik virus itu memungkinkan untuk segera mendiagnosis pesakit.

Artikel Lain – Kerap Minum Teh O Air Boleh Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang?

WHO tidak mencadangkan apa-apa langkah khusus untuk pelancong atau sekatan terhadap perdagangan dengan China, tetapi akan memberi penekanan dalam situasi yang begitu serius.

“Memandangkan perkembangan, Ketua Pengarah WHO Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus akan berunding dengan ahli-ahli Jawatankuasa Kecemasan dan boleh memanggil mesyuarat jawatankuasa itu pada notis singkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Wabak paru-paru Cina tampaknya dikaitkan dengan pasaran makanan laut tunggal di Wuhan.

Pasar Borong Makanan Laut Huanan di pusat bandar, di mana pesakit pneumonia dengan jumlah berganda namun ianya masih berkunci walaupun selepas ditutup pada 1 Jan.

Tidak ada bukti nyata penyebaran daripada manusia ke manusia telah dikesan, menurut Suruhanjaya Kesihatan Tempatan.

Coronavirus adalah keluarga besar virus yang boleh menyebabkan jangkitan dari selesema biasa ke Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Sesetengah jenis virus menyebabkan penyakit yang kurang teruk, sementara sesetengah lagi adalah seperti yang menyebabkan Penyakit Pernafasan Timur Tengah (MERS). Ianya jauh lebih teruk.

Thailand menerima kunjungan kira-kira 10 juta pelancong China setiap tahun. Cuti Tahun Baru Cina bermula pada 25 Jan ini.

Bagaimana pula dengan negara kita yang juga telah, sedang dan akan menerima pelancung dari negara tersebut. Apakah pihak kerajaan akan mengawasi agar tidak ada virus-virus yang dibawa masuk oleh pelancung-pelancung tersebut?

Mendengarkan berita wanita Cina dengan virus misteri ini, kita jangan lupa juga bahawa dikhabarkan negara kita juga kini sedang dilanda masalah penyakit berjangkit yang mana baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A.

Sama-samalah kita berdoa agar negara kita berserta rakyatnya dilindungi dari segala ancaman atau wabak penyakit yang merbahaya kerana khuatir kita akan mengahadapi masalah kekurangan vaksin jika ianya menjadi wabak.

Apa komen anda tentang kejayaan pihak berkuasa Thailand mengesan wanita Cina dengan virus misteri ini? Sila LIKE dan SHARE jika anda suka. Lawati page kami di facebook. Terima kasih.

Sumber: Channel News Asia


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *