Wanita Ini Menunggang Motosikal Sambil Bermain Telefon Bimbit. Apa Yang lebih Mengejutkan Adalah…

Wanita Ini Menunggang Secara Bahaya

Penunggang motosikal sentiasa terdedah kepada bahaya apabila mereka mula berada di atas jalanraya. Jika berlaku sedikit sahaja kesilapan, kemalangan boleh berlaku. Apabila berlaku kemalangan, bukan sahaja terpaksa menanggung kesakitan, bahkan boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Namun yang demikian, masih terdapat penunggang motosikal yang masih  mengabaikan keselamatan diri mereka sendiri ketika berada di atas jalanraya. Mereka terlalu memandang remeh dan tidak mengambil berat terhadap apa yang akan berlaku nanti jika mereka terlalu lalai dan mengabaikan hal-hal yang melibatkan keselamatan jalanraya. Walaupun dalam media cetak dan elektronik sering sahaja menyiarkan berita-berita yang berkaitan dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan penunggang motosikal.

Walaupun mereka memakai pakaian yang lengkap, nyawa mereka masih menjadi taruhan. Banyak kemalangan yang berlaku turut melibatkan kematian samada mereka adalah penunggang yang memakai pakaian keselamatan seperti yang disyaratkan oleh pihak berkuasa. Namun masih ada penunggang atau masyarakat yang tidak mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

SILA BUAT PENILAIAN RISIKO

Sila tonton video di bawah dan anda boleh menilai sendiri apakah bahaya-bahaya yang sedang menanti wanita ini dan budak yang bersamanya. Video di bawah adalah untuk dijadikan sebagai peringatan kepada pembaca. Kejadian ini tidak diketahui berlaku di mana tetapi ianya memang sangat-sangat merbahaya.

SILA TONTON VIDEO DI BAWAH
Video: Jenti Siagian

Video menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Dia bukan sahaja membahayakan nyawanya bahkan seorang budak yang diletakkan di bahagian hadapan motosikal yang ditunggangnya. Budak itu juga tidak memakai topi keledar.

Lebih membahayakan, wanita itu menunggang dengan laju dan bermain telefon bimbit. Dalam video tersebut menunjukkan bagaimana wanita tersebut melepaskan handle motosikalnya untuk mengakses telefonnya. Bayangkan pada masa yang sama budak yang berada di hadapan menarik atau menyentuh handle motosikal. Kejadian yang tidak dingini pasti berlaku.

Ini adalah antara sikap yang membahayakan nyawa mereka sendiri dan mungkin nyawa orang lain. Mungkin mereka tidak didedahkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Keselamatan Jalanraya terutama ketika menunggang motosikal. Mungkin mereka menunggang tanpa memiliki lesen memandu.

Semoga menjadi iktibar kepada orang lain. Diharap tiada lagi penunggang yang lakukan sepertimana wanita tersebut lakukan. Sayangilah nyawa anda dan ingatlah orang yang tersayang – Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *