Wanita Selamat Dari Tali Gantung Dalam Kes Pender4an Pembantu Rumah Hingga Sebabkan Kem4tian


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan seorang wanita daripada hukum4n gantung sampai m4ti kerana mender4 pembantu rumahnya sehingga berakhir dengan kem4tian.

Pendakwaraya membuat keputusan untuk menggugurkan kes bu nuh terhadap majikan yang berusia 61 tahun itu yang sebelum ini didakwa kerana mender4 pembantu rumahnya iaitu seorang warga negara Indonesia sehingga menyebabkan kem4tian.

Majikan yang mendera pembantu rumahnya hingga menemui ajal.

Adelina Lisao, 21, meningg4l dunia selepas mengalami kegagalan fungsi pelbagai organ kerana dider4 oleh majikannya, Ambika MA Shan, di sebuah rumah di Bukit Mertajam, tahun lalu.

Ambika terlepas daripada hukum4n gantung sampai m4ti selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan membu nuh setelah timbalan pendakwaraya meminta dia dilepaskan tanpa dibebaskan.

TENAGANITA, iaitu sebuah kumpulan hak asasi wanita terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan menuntut penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara mengapa perkara itu boleh berlaku sedangkan terdapat bukti yang jelas.


“Beliau seorang wanita yang dipaksa bekerja selama dua tahun tanpa gaji. Tubuh wanita itu dizalimi, kem4tiannya bermakna sesuatu.

“Mengapa mahkamah kita menghampakannya? Mengapa kerajaan menghampakannya? Mana keadilan untuk Adelina? Kata Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das.

Adelina Siao
Adelina terbaring di luar rumah majikannya satu ketika dulu

Dalam kejadian tahun lalu, kita dikejutkan dengan berita penemuan seorang pembantu rumah warga negara Indonesia dalam keadaan tidak bermaya dengan keadaan tangan dan kaki bernanah dan tidak boleh berjalan, selain mengalami luk4-luk4 di badan akibat dider4 oleh majikannya.

Pada awal 2018, Adelina, 21 tahun, dilihat tidur di luar rumah bersama anjing peliharaan majikannya, dalam satu gambar yang diambil seorang jiran.

Majikannya itu hanya membawa mangsa ke Hospital Bukit Mertajam setelah digesa oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim. Malangnya mangsa meningg4l dunia selepas semalaman dirawat di hospital.

Sim juga terkejut dengan pengguguran kes tersebut dan beliau menghubungi Peguam Negara, Tommy Thomas untuk meminta penjelasan.

Tenaganita menyifatkan kejadian itu sebagai “kemelesetan yang meluas dan berakar umbi” dalam masyarakat tentang layanan terhadap pekerja asing.

Terdahulu, Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Iwanshah Wibisono, yang menghadiri prosiding mahkamah itu berkata, keluarga Adelina menerima gaji tertunggak sebanyak RM69,300 daripada bekas majikan.

Apa komen anda? Komen baik-baik ye. Semoga keadilan tetap ada.

Layari facebook kami di @anakbapak

Sumber: Penang kini dan fmt



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!