Kenapa Wanita Zaman Sekarang Lebih Sukakan Lelaki Yang Sudah Berkahwin?

wanita menyukai lelaki berkahwin

Kita sering dengar bahawa wanita zaman sekarang sama ada gadis atau janda gemar kepada lelaki yang sudah berkahwin. Walaupun mereka tahu lelaki tersebut suami orang dan mempunyai anak mereka tetap mahu berkawan bahkan berkahwin. Dimana hebatnya lelaki yang bergelar suami orang ini sehingga ada kes yang mengatakan Si A merampas suami Si B?

Lelaki biasanya akan menggunakan kelebihan mereka iaitu boleh berkahwin lebih dari satu. Senang kata lelaki boleh kahwin hingga empat. Dan ia merupakan sunnah Nabi SAW. Mencintai suami orang dalam islam sebenarnya tidak salah jika kena pada caranya. Namun di sini bukannya mahu ceritakan tentang sunnah tetapi apakah yang menyebabkan golongan ini disukai oleh wanita-wanita?

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang sudah berkahwin disukai oleh wanita masa kini:

perampas suami orang
Lelaki matang idaman setiap wanita

1. Matang

Lelaki yang berkahwin sudah matang dalam segala hal. Walaupun sesekali mereka berperangai mengalahkan budak-budak jika merajuk. Namun semua itu hanya sementara dan ia sangat disenangi oleh wanita. Merajuk bermakna mereka sangat sayang.


2. Pandai Ambil Hati

Wanita memang sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka. Biasanya lelaki yang telah berkahwin mempunyai ciri-ciri tersebut tambahan dengan kekasih. Walau dengan isterinya garang macam singa, tetapi dengan kekasihnya ibarat pijak semut pun tak mati. Jika kekasihnya merajuk, dia sangat pandai memujuk hingga wanita itu cair. Namun hakikat sebenar isterinya langsung tidak akan dipujuk. Kalau isterinya merajuk atau keluar rumah, dia biarkan sehingga balik sendiri.

3. Seorang Yang Romantik

Lelaki yang sudah berkahwin, sangat romantik apabila keluar bersama. Jika makan di restoren, dia akan membawa ke restoren-restoren ada ada suasana romantik. Percakapan dan gurau senda semuanya lemah lembut dan romantik. Walhal dengan anak isterinya, dia langsung tidak romantik.

cinta suami orang
Wanita suka lelaki yang romantik

4. Sangat Mengambil Berat

Lelaki yang telah berkawin sangat mengambil berat tentang kekasihnya. Dia akan sentiasa bertanya tentang kesihatan kekasihnya, makan minum bahkan memberi duit atau apa saja jika kekasihnya perlu. Silap-silap kereta dan rumah juga diberikan jika dia berkemampuan.

lelaki yang masih bujang, mungkin tidak mampu untuk menyediakan keperluan kekasihnya jika yang berharga mahal. Mungkin sekadar hadiah biasa sahaja.

5. Sanggup Berkorban

Lelaki berkahwin akan sanggup berkorban apa sahaja demi kekasihnya. Pengorbanan yang besar adalah sanggup menceraikan isterinya demi kekasihnya serta meninggalkan apa sahaja yang berliau telah bina sebelum ini. Si kekasih pula tidak nampak perkara itu sebagai negatif tetapi nampak positif kerana menyebelahi dirinya.

Lelaki bujang sukar untuk berkorban lebih. Mereka biasanya hanya mampu berkorban masa sahaja.

cintai suami orang
Suami orang biasanya sanggup berkorban apa saja untuk kekasihnya

6. Sudah Punya Segalanya

Lelaki berkahwin sudah punya segalanya. Boleh dikatakan mereka sudah mempunyai aset-aset penting untuk kehidupan termasuk selepas persaraan. Gadis tersebut tidak lagi perlu bersusah payah diawal kehidupan dengan lelaki tersebut jika mereka diberikah jodoh dan berkahwin.

Biasanya lelaki bujang belum mempunyai apa-apa. Jika bekerja pun hanya lepas untuk diri sendiri. Silap-silap keluar dating pun pinjam kereta atau motosikal kawan. Diawal perkahwinan pula terpaksa adakala terpaksa mengikat perut.

7. Sudah Mempunyai Kerjaya

Biasanya lelaki yang sudah berkahwin sudah mempunyai kerjaya. Kebanyakan Wanita memang sudah tentu akan terpikat dengan lelaki yang mempunyai kerjaya yang agak bagus. Contohnya peniaga atau pegawai kerajaan. Ini kerana kehidupannya akan menjadi senang nanti.

Pengalaman mereka berkawan dengan lelaki bujang sebelum ini sedikit sebanyak menjadi pendorong mengapa mereka beralih kepada lelaki yang sudah berkahwin.

mencintai suami orang dalam islam
Lelaki bekerjaya lebih menjamin masa depan

8. Mempunyai Keterampilan

Keterampilan sangat penting untuk memikat wanita kerana wanita memang sangat sukakan lelaki sepert itu. Namun mereka tidak suka jika lelaki itu berkeetrampilan tetapi poket kosong. Jadi lelaki berkahwin, bekerjaya jarang yang poket kosong.

9. Mempunyai Wang Ringgit

Berkawan dengan lelaki yang sudah berkahwin, biasanya mudah dalam segala hal. Wang ringgit bukan lagi menjadi masalah. Jika tiada duit teman lelaki sedia membantu terutamanya lagi seminggu gaji.

Orang lelaki bujang belum tentu mampu kerana seminggu lagi gaji mereka juga sudah mula ikat perut. Bagi wanita yang jenis pisau cukur, lelaki berkahwin memang sangat sesuai untuk dijadikan kekasih.

suami orang
Suami orang sudah mempunyai kelengkapan asas

10. Sudah Punyai Harta

Lelaki berkahwin biasanya sudah ada harta. Sedikit dan banyak tertakluk kepada pekerjaan mereka. Bagi wanita yang jenis materialistik, sangat sesuai berkawan dengan lelaki yang berkahwin. Apa saja yang dihajati mungkin dapat. Kalau lelaki bujang, memang jauh panggang dari api kalau nak bagi harta mereka.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian tentang kenapa wanita samada gadis atau janda lebih sukakan suami orang daripada lelaki bujang.

11. Tidak Membuang Masa

Lelaki yang berkahwin sangat menghargai masa. Bagi mereka masa yang berharga adalah bersama dengan kekasih mereka. Pantang terluang mereka akan bersama walau hanya sekadar berhubung melalui media sosial.

Lelaki bujang tidak suka begitu. Ada masa-masa tertentu mereka mahu berseonok dengan kawan-kawan seperti melepak, melihat orang merempit atau tumpang merempit. Mereka tidak suka dikongkong.

suami lebih mementingkan orang lain daripada istri
Mereka tidak suka membuang masa dengan orang lain kecuali sanggup apa saja dengan kekasih.

12. Setia

Lelaki berkahwin sangat setia kepada kekasihnya. Pantang dengar kekasihnya punyai masalah, dia akan cuba selesaikan. Keseluruhan masanya hanya untuk kekasihnya. Masa untuk anak isterinya sangat terhad.

Kesetiaan sangat kurang bagi lelaki bujang. Mereka lebih sukan bebas dalam kebanyakan masa. Kekasih juga silih berganti.

13. Bersifat Melindungi

Seseorang wanita itu memang perlukan seseorang yang melindungi mereka jika diperlukan. Lelaki berkahwin biasanya mampu berbuat demikian. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi keselamatan kekasih mereka. Jika kekasihnya mengadu sering diganggu, mereka akan bertindak.

rampas suami orang
Mereka juga bersifat melindungi

BACA ARTIKEL BERKAITAN: KENAPA LELAKI BUJANG SEKARANG LEBIH SUKAKAN JANDA UNTUK DIJADIKAN PASANGAN MEREKA

PENAFIAN

1. Tidak semua wanita sama ada gadis atau janda berminat dengan suami orang. Tetapi ada yang demikian.

2. Tidak semua suami orang suka mencari kekasih lain tetapi ada.

3. Tidak semua lelaki bujang itu tidak ada pekerjaan, tidak punya apa-apa.Ramai yang mempunyai kerjaya yang baik-baik. Ada dikalangan mereka memilih pasangan yang bagus-bagus juga. Walau tidak semua.

Artikel ini adalah pandangan penulis semata-mata berasaskan apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita masa kini dan melalui pembacaan. Semoga perhubungan antara lelaki dengan wanita itu berakhir dengan jalan yang baik tidak kiralah mereka suami orang atau bujang.

– Anak Bapak –


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!