Whatsapp Untuk Melaporkan Kesalahan Merokok Dilancarkan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan talian telefon dan whatsapp untuk melaporkan kesalahan merokok. Di Malaysia, bermula 1 Januari 2019 yang lalu, kerajaan telah menjadikan semua restoren dan kedai makan sebagai kawasan larangan merokok sepenuhnya. Namun kerajaan masih memberi kelonggaran iaitu boleh menghisapnya pada jarak 3 meter dari restoren dan kedai makan tersebut.

Larangan merokok ini merupakan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan penduduk di negara ini. Namun apa yang kita lihat, ramai dikalangan perokok masih merokok di restoren dan kedai-kedai makan. Bahkan di pasar-pasar malam peniaga makanan sendiri terang-terang menghisap rokok tanpa rasa bersalah.

Wasap larangan merokok
Grafik yang dikeluarkan oleh KKM

Kepada perokok semua, anda boleh merokok ditempat yang dibenarkan. mungkin juga perkara ini masih baru, kadang-kadang kita lupa. Mungkin lama kelamaan, peraturan ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama penuh dari perokok.

BACA: Makanan Terbaik Untuk Kesihatan

Perokok juga harus berhati-hari kerana Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan talian whatsapp khusus untuk melaporkan kesalahan merokok. Bukan perokok sahaja bahkan tuan kedai juga akan mendapat tindakan dari pihak kerajaan. Bermakna kerajaan bersungguh-sungguh untuk membendung masalah ini.


merokok
Asap rokok membahayakan orang lain yang ada di sekitar perokok.

Sesiapa sahaja boleh melaporkan kesalahan tersebut dengan menghantar bukti kesalahan, nama restoran, lokasi dan waktu dilakukan ke nombor 010 8608949 atau melakukan panggilan terus ke talian 03 88924530. Orang ramai juga boleh melaporkan restoran mana yang tidak meletakkan tanda larangan rokok di dalam premis mereka.

Sama-samalah kita jaga. Pemilik premis jaga pelanggan dan ingatkan supaya jangan merokok berserta dengan mempamirkan tanda larangan merokok, manakala pelanggan hormatilah tuan kedai. Jangan biarkan mereka juga dikenakan saman akibat perbuatan kita. Untung tidak seberapa tetapi terpaksa berbelanja lebih untuk membayar saman.

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Amanz.my



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!