Youtuber Sugu Pavithra Bertindak Padam Semua Video

sugu pavithra padam video 1

Kebelakangan ini heboh diperkatakan tentang Youtuber sensasi Sugu Pavithra berkaitan suaminya direman 3 hari kerana memukul isterinya. Namun Pavithra sendiri membayar ikat jamin yang dkenakan terhadap suaminya.

Selepas itu difahamkan pasangan ini akan menjalani kehidupan seperti biasa dan hanya mahu memberi fokus kepada video masakan untuk dimuat naik ke channel youtube mereka. Namun pada hari ini netizen mempersoalkan apa yang terjadi kepada pasangan ini kerana mereka bertindak memadam semua video yang dihasilkan mereka selama ini.

Sepanjang tempoh mengendalikan saluran itu, pasangan S Pavithra, 28 dan suaminya, M Sugu, 28, berkongsi 98 video yang berjaya meraih lebih 34 juta tontonan.

Sugu Pavithra Dianggap Sensasi Sebelum Ini

Kebanyakan video mereka adalah berkaitan dengan demonstrasi masakan yang dilakukan oleh Pavithra membabitkan pelbagai menu masyarakat India. Disamping itu mereka menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sugu Pavithra

Sugu Pavithra dianggap Youtuber sensasi di negara ini, apabila dalam tempoh masa yang singkat mereka berjaya menarik sehingga 786,000 pengikut dari dalam dan luar negara.


Usaha mereka juga mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang bertindak menghantar hadiah kepada pasangan itu. Bukan itu saja, mereka juga dijemput bertemu dan menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Kuala Lumpur.

Kali terakhir Sugu Pavithra memuat naik video ialah pada minggu lalu dengan memaparkan percutian mereka sekeluarga ke Sunway City, Kuala Lumpur.

Semalam, selepas berdiamkan diri atas penahanan suaminya, Pavithra memberitahu media yang beliau memaafkan suaminya, Sugu, walaupun mencederakannya.

Sebelum itu, Sugu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memiliki senjata bahaya di tempat awam serta mencederakan isterinya.

Sumber: Berita Harian

Bagaimanapun, Sugu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin yang mana dijamin oleh Pavithra sendiri.

Baca – Balu Abam Bocey (Nurhidayah) Jual Cempedak Goreng Sara Anak


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!